Sabtu dihabiskan bersama anak-anak di sekolah Azim kerana ada Pasaria. Tujuannya untuk mengumpul dana sekolah. Memang berhasil. Sasaran kutipan RM150,000. Rasanya lebih dari sasaran. Sebelah pagi ada sedikit masalah cuaca, hujan berterusan 3 jam , nasib baik nda lebat.
Pasaria nya besar-besaran dan SEMUA barangan ada dijual. Bukan saja standard macam makanan/minuman, baju, aksesori tapi termasuk juga sayur-sayuran, buah-buahan segar, telur, beras, kopi, gula. Aik? Ini sudah pasar tani.
Gerai makanan pun bukan saja makanan siap, tapi termasuk yang dimasak secara live, macam ayam panggang, goreng pisang, mi goreng, burger, fries, dan segala-gala tak ubah bazaar ramadhan. Semua laku dan habis sebelum tengahari.
Ada Abu Bakar Ella di datangkan untuk memeriahkan suasana dan menghibur pengunjung.
Selain jualan gerai, sekolah buat beberapa aktiviti/acara sampingan untuk menambah kutipan.
1) Ada 2 ular sawa besar didatangkan khas (entah dari mana) untuk tujuan bergambar di atas pentas. Sekali gambar RM 15 ( Ira & Helmi lama menghabiskan masa di sini menengok ular sampai penat aku menunggu tapi disuruh bergambar nda juga mau)
2) Ada tayangan gambar di Bilik ICT , filem2 seperti Step Up 3, Big Mama,dll bermula jam 9 pagi. Bayaran masuk RM5.
3) Ada talent show di dewan sekolah-nyanyian dan tarian. Bayaran masuk RM5. Tapi persembahannya main2 saja, halfhearted (mengikut Ira la, aku nda masuk) dan tiadalah talent langsung yang ikut serta tu (aku boleh dengar dari luar). Orang ni kalau dibayar nyanyi la bagus-bagus.
4) Ada sudut untuk sewa main games Dota, kira2 6 buah PC gitu.
Sebenarnya aku tertinggal kamera masa mula2 datang, jadi gambar di atas diambil sebelah petang. Tiada mau di fokus lagi , ular sudah balik. (aku rasa kamu pun nda sanggup tengok 2 ekor ular yang sangat besar itu)
Sesiapa yang beli kupon tapi datang sebelah petang (dia mula 7pagi hingga 5 petang), agak rugi sebab semua makanan dan barangan yang bagus2 habis dijual, tinggal yang nda laku macam stationery dan aksesori yang kesian. Aku nda paham juga guru dorang ni. Nda pandai menapis barang2 mau dijual. Ada ka jual pensil dan pen. Siapa bah mau beli pensil di Pasaria? Nda perlu-perlu. Bikin sayang kupon. Pensil biasa lagi tu. Jual lagi mahal. Pensil RM1 dua, pen RM3 satu. Budak menengah mana pakai pensil kan. Semua pakai pen, kecuali untuk melukis. Kalau terror melukis tu, mana la pakai pensil biasa2 juga. Kalau bilang beli untuk adik, budak sekolah rendah masih dapat pensil percuma dari kerajaan, seorang sekotak. Di rumah nda berpakai pun, sebab dorang lebih suka pensil mekanikal.
Macamanapun, keseluruhannya memang ok. Banyak barangan dan aktiviti, banyak boleh dibeli dan dilihat.
2 comments:
kak, kin meradang juga durang jual pensel rm1 dua. tapi sia rasa makin kreatif lah pula durang buat pasaria sampai buli main Dota lagi. sayangnya ndak da gambar ularnya. mau jua ku melihat walaupun sia geli ular. hehehehe...
Kan..cekik darah....yala..spoil tertinggal kamera!
Post a Comment