Friday, April 17, 2009

from makkah with love V

Hari ini 9/4/09. Sudah 4 hari kami di Makkah. Awal pagi kami dapat berita ada bas rombongan Malaysia accident di Jeddah. Ada dalam berita tapi kami ni nda menengok TV sini, mana ada masa. Malah TV tu kami sudah cabut dan ampai di lantai supaya atas meja tu boleh letak makanan kami (lol). Kami cuma dapat berita dari mutawwif kami yang baru balik dari Jeddah menyambut rombongan lain. Ada yang terkorban tak pasti berapa orang. Innallillah.

Semakin hari semakin ramai jemaah sampai dan cuaca pun semakin panas sampai aku dan MIL berdarah hidung. Esoknya hari Jumaat, kami buat keputusan tidak buat umrah sebab kalau Jumaat , masjid akan penuh sepenuh-penuhnya. Akan ada lagi yang terpecah group dan berhilangan nanti. Jadi kami pergi cuci-cuci mata tengok kedai (yes!). Di area Hotel Hilton sebelah depan masjid.



I got these accessories there. I like it.


Setakat Jumaat aku sudah mengerjakan 4x umrah. Actually by the 3rd time, I feel better, not too exhausted as before, I can calmly proceed on my own and finish faster. Jadi pada hari Sabtu, aku berkeyakinan mengerjakan 2 kali umrah lagi, pagi lepas breakfast dan kemudian selepas Asar. Di antara waktu itu, masih sempat kami buat lawatan iaitu selepas lunch. Perhentian pertama ke Hudaibiyah (tempat miqat), seterusnya ke ladang unta dan akhir sekali ke museum. Ladang unta sangat tidak menarik. Sikit saja untanya dan semua kurus-kurus. Ada dijual susu unta fresh (diperah on the spot). Tidak berminat. Tiada gambar.

Sebelah malam lepas makan, aku menemani rakan sebilik dan beberapa yang lain mencari barang di kedai. Besok kami akan berangkat meninggalkan Makkah. Ada yang mencari beg extra, cari tali, cari kotak dan last minute shopping barang2 kiriman orang. Tiba-tiba rasa macam masa cepat berlalu. Sudah mau balik?

12/4 (Ahad) :
Kami akan bergerak jam 10 malam menuju airport Jeddah dengan menaiki bas. Sebelah pagi free time. Ketua group menganjurkan lawatan terakhir (tidak termasuk dlm pakej, atur sendiri) ke Jabal Al-Noor jam 7 pagi. On hindsight I shoudn't have gone. I thought it's just a hill. NOT. It's a mountain. Steep rocky mountain. 8 orang kami pergi tapi yang naik 4 orang saja, yang bersemangat waja (i'm not one of them). Looking at the mountain I thought it's gonna take half a day at least. Tapi dorang naik dan turun semula dalam masa 3 jam gitu. Di atas gunung ini, terdapat Gua Hira' dimana Rasulullah menerima wahyu yang pertama.

Jadi apa yang kami buat di bawah? Duduk-duduk , makan biskut sambil melangui dorang. I could have done my packing instead.





Susah mau appreciate ketinggiannya dari gambar-gambar ni. Tapi kalau tengok real life memang bikin lemah semangat. Gambar di atas adalah yang dizoom kasi besar so you can see the white specks bertaburan that is people climbing actually.

13/4 (Isnin) :
Kami sudah berada di Jeddah. Flight ke Brunei jam 03:05 pagi. Today is my son's birthday. I'm still on my way home. Penerbangan mengambil masa 10 jam. Tiba di Brunei sudah berubah masa, di sini sudah waktu malam 7pm. Kami menginap semalam di Brunei Hotel. Masa pasang TV kebetulan siaran ulangan konsert AF yang keberapa entah. (Ha! tiada sudah orang Sabah? )

14/4 (Selasa) :
My nose stopped bleeding when I woke up. Very soon we're at the airport and half hour later arrived KK. Syukur alhamdulillah.

2 comments:

Anies Azeera said...

Selamat kembali Fabmom. Thanks for sharing Makkah. Saya memang teringin kesana. InsyaAllah, satu hari nanti.

fabmom said...

Insya Allah, I'm sure u will.