Masa di Madina sebenarnya aku masih risaukan anak-anak. It was difficult at the airport. Berat melepaskan tangan anak. Bila telefon hubby first night tu, dia bagitau Helmi tidur dengan baju aku. Lepas tu aku nda telefon lagi, sehingga sampai di Makkah, cuma sms perkembangan. Takut mau dengar apa lagi laporan, menangis ka entah demam ka. Jadi buat-buat busy.
Di sini aku cuba menyesuaikan diri dengan masa breakfast yang ‘xtreme’ (at least for me). Kami breakfast seawal 5.40 am, selepas solat Suboh. Kalau bertebiat balik bilik dulu baru makan, alamat tiada tempat duduk atau makanan habis. Sungguh ramai group jemaah di hotel yang sama. Lepas tu kena bersiap berkumpul di lobby se awal 7 am untuk lawatan. Bererti sebelum solat Suboh tu sudah sedia mandi. Jadi pukul berapa bangun ? Jam 3- 4 pagi paling lambat. Ada 4 orang dalam sebilik. Kamar mandi hanya satu. Aku lah selalu offer last mandi supaya ada masa lagi tidur (hik). Dan aku praktis bersiap sepantas kilat. Semua keperluan aku sediakan di tepi bantal sebelum tidur. Aku sebilik dengan MIL dan 2 orang lagi . Seorang saudara MIL(anak buah) dari Lbn dan seorang lagi bekas cikgu hubby dari Tuaran. Makcik-makcik rock semuanya . Happening.
Kami bertolak ke Madina dengan bas pada Isnin 6/4, selepas lunch. Semasa di miqat Bir Ali (tempat pasang niat ihram), tayar bas rosak. Lebih ½ jam juga Pak Arab tu me’repair’. 4 jam kemudian, selepas berhenti untuk solat Mahgrib di satu masjid ni, bas rosak lagi. Dan air-cond pun nda berfungsi. Waah…aku nda tau berapa lama kami tersadai di tepi jalan tu. Panas dan lemas. Dalam hati, kecut juga (kami tak diterima ka ni?). Alhamdulilah akhirnya kami sampai ke destinasi jam 10 pm. Terus dinner. Aku ingatkan kami akan buat umrah esok nya memandangkan hari sudah lewat. Rupanya lepas makan terus berkumpul untuk ke masjid untuk umrah. Itu ini, simpan beg, berkumpul di lobby, jam 12 malam baru start. I was bone tired. Not to mention sleepy. Semasa menghabiskan sa’ie tu macam aku boleh tertidur semasa berjalan. Tough juga ulang alik antara 2 bukit tu. Sekali jalan, jauhnya lebih kurang 300 meter. Dan diulang 7x. Jam 3 pagi baru selesai dan balik ke bilik. Like a dream, aku sudah mengerjakan umrah. Not in my best condition but I did it.
Hari kedua pun tough juga . Kami rest sebelah pagi tapi ikut jadual, lepas Asar buat umrah lagi. Masa berkumpul ada yang lambat turun. Biasalah kalau group kan. Tambah lagi yang warga emas 70 keatas . Bukan lagi lambat turun. Hilang. Satu bilik tiga-tiga tiada. Lepas tu seorang muncul, dua lagi masih hilang. Dicari di masjid tiada.Yang ada ni pula tiada kunci dan belum mandi sunat ihram dan belum berpakaian ihram. Panjang lah ceritanya tapi kesudahannya dia diuruskan oleh kawan bilik lain dan kami dapat ke miqat dan by the time kami ke masjid sudah maghrib. Masa mau memulakan tawaf, hilang lagi 4 orang dari group. Ini kali perempuan. Ketua group susah hati dan memikirkan yang bukan-bukan terjadi dan kami tunggu lah sambil meninjau-ninjau lebih sejam sampai lepas Isya. Tapi tetap tak jumpa. Niat umrah sudah dipasang, mau nda mau mesti juga buat umrah. Akhirnya kami start 9 pm. Setengah jam kemudian masa sa’ie kami terjumpa dorang. Dan dorang sudah mau habis umrah. Kisahnya, bila sampai dekat Kaabah dorang terus mulakan tawaf tanpa berkumpul dulu di tempat yang dijanjikan. Dan sekarang pula siok-siok habis awal. Kesian ketua group, tersinggung dia. Sampai hotel pula, makanan lagi habis. Kami tidak dinner. Ada lah kena sebijik tour agent kami. Hmm..I'm too tired to utter a word. Baik tidur saja lah.
bersambung (sila terus scroll ke bawah)
1 comment:
adehhhhhh ini warga emas,agak charlie la jua malar behilangan kan!!!!!!
Post a Comment