Wednesday, April 15, 2009

from makkah with love II

Rombongan kami 47 orang semuanya, separuh dari Labuan, yang lain dari KK mengikuti pakej umrah Hidayah.

Kami bertolak dari KK pada Khamis 2/4/09 jam 6 petang dan sampai di Madina melalui Jeddah pada hari berikutnya, Jumaat jam 2.30 petang. Tapi waktu disana lambat 5 jam, jadi baru 9.30 pagi. Kami untung masa siang. Selepas welcoming drink , kami berehat di Masjid Nabawi yang sangat berdekatan dengan hotel. Bilik-bilik tidak dapat kunci dulu sebab kalau hari Jumaat, semuanya kena tunggu lepas solat Jumaat baru diuruskan.

Masjid Nabawi daripada pintu masuk bhg perempuan
Kami stay di Madina selama 3 malam sebelum berlepas ke Mekkah pada hari Isnin (6/4) untuk mengerjakan umrah. Selama di Madina, masa diisi dengan beribadat di Masjid Nabawi dan ziarah ke tempat-tempat suci dan bersejarah seperti makam Nabi, Masjid Quba, Jabar Uhud dan Baqi.
Diatas adalah gambar-gambar kota Madina
Jabar (Bukit) Uhud
Dibelakang kami, area berpagar ni adalah kuburan para pengikut&sahabat Nabi yang terkorban dalam perang Uhud
Selain itu ke kilang Quran dan pasar kurma. Pada waktu-waktu antara solat boleh shopping sendiri-sendiri, ada banyak kedai-kedai sekitar hotel. Saya kebetulan tidak bawa baju (sengaja), Cuma baju di badan dan satu extra dalam beg. Jadi beli lah jubah-jubah di sini untuk pakaian harian. Ya, di sini wanitanya semua pakai jubah tiada pakaian lain dan jubah yang dijual kebanyakkannya warna hitam. Ada yang putih tapi macam tak banyak choice. Oleh kerana untuk umrah nanti, sunat memakai putih, saya beli juga 2 pasang yang putih. Yang hitam saya beli 3 pasang. Cukuplah. Nanti di Makkah boleh beli lagi.

Display Quran yang dijual, area kilangnya tidak dibuka untuk pengunjung wanita
Gambar daripada tingkap bilik

Di Masjid Nabawi, tidak dibenarkan membawa masuk kamera. Setiap masa, dipintu masuk ada pengawal yang meng ‘search’ bag, siapa yang ada kamera dan mobile phone akan di rampas. Jadi tiadalah gambar kenangan interior masjid. Very beautiful actually. Masjid ini adalah yang kedua termulia tarafnya dan kedua terbesar di dunia selepas Masjidil Haram di Mekkah.

Cuaca di Madina memang panas. Panas dan kering. Kalau tepat waktu zuhur, memang terik. Tapi malam ada sejuk sikit. Angin dia sejuk. Kami ada bikin solat sunat tengah malam dekat Rawdah (area dekat Makam Nabi di tengah Masjid). Sentiasa lah ada ramai orang di masjid ini tidak kira waktu, samada hujung minggu atau luar waktu solat fardhu. Ada yang tinggal di Jeddah (6 jam naik bas dari Madina) datang ke sini dan cuti sampai sebulan untuk beribadah. Kesian tengok pekerja masjid yang bekerja around the clock. Ada yang aku recognize masa Suboh, tengah malam masih orang yang sama. Ramai juga orang Indon. Kami tanya macam mana gaji. Dia bilang sangat lumayan. Ok la tu.
Bersambung

5 comments:

Shabbymom said...

wahhhh....bestnya kan....tenang ja kan di sana tu!!!...inda pikir anak kah?.....ohhh...bawa baju extra satu pasang ja lahhh....ada jua niat kan bershopping atu bah kannnn........bah...capat ....cerita lagiii......

whimsical said...

M, i likey gambar gambar u.laen dari yg laen, selalunya a must see gambar, adalah gambar org naik unta yg di kasi kalung bunga bungaan kan. u punya gambar dari lensa seorang pembeli. bagus bagus! syok kan org bejualan di street. Boleh ka kafir pi me round sana tu ah?I mean round kedai-kedai nya bah.

fabmom said...

ya, mataku melilau juga mencari kafir macam org putih ka tapi tiada..kali tempat yg jauh2 bah tu dorang ada dkt town sikit gitu..nda kan dorang p menyibuk so near dekat masjid ni.

Val Aziz said...

satu pertanyaan ku..bau minyak atar ka org sana? heheh

fabmom said...

hihi val.. itu yg kau teringat ah.. ada juga lah semerbak kalau limpas lelaki2..perempuan inda.