Thursday, April 16, 2009

from makkah with love IV

Hari ketiga kami melakukan ziarah ke Jabal Thur, Jabal Rahmah dan Arafah. Selepas itu umrah lagi jam 11 pagi. Tapi aku tidak ikut serta kali ni. Kerana ada migraine, aku tidak berani memaksa diri buat siang-siang hari. If I thought Madina was hot, here is worst. Dua kali lebih panas dan berdebu, berhabuk. Hotel kami menghadap deretan kedai lama yang kini telah diruntuhkan untuk projek expansion Masjidil Haram. Masjid ini mau diperbesarkan lagi. Tidak seperti Masjid Nabawi yang fully roofed, Masjidil Haram ni bahagian tengahnya ada Kaabah jadi tidak berbumbung. Masaklah kalau tawaf tengahari kan. Sebaliknya aku ikut umrah yang lepas Asar. Aktif kami. Buat umrah 2x sehari.

Biasanya untuk mengerjakan umrah, mutawwif (orang yang memimpin umrah) akan memimpin rombongan untuk umrah sebanyak 2 kali. Selebihnya, jemaah akan melakukan umrah sendiri pada waktu lapang mereka seberapa banyak kali mengikut kemampuan masing-masing. Yang berdaya akan cuba melakukan 7 kali kerana umrah 7x dikatakan menyamai haji.






Gambar2 di atas adalah pandangan dari bahagian pintu masuk depan masjid. Tapi hotel kami bukan sebelah sini. Hotel kami di bahagian belakang.



Ini bahagian belakang.


Untuk ke masjid kami terpaksa melalui rubbles ini. Last-last aku pakai hijab, yang tutup muka tu, barulah nda masuk habuk ke mata. Hihi. Betul-betul macam Arab. (tiada gambar ok).
Ada pro dan con nya lah. Kalau yang hotel sebelah depan, memang tidak berhabuk dan lebih dekat/cepat sampai. Tapi untuk kerja umrah, balik ke hotel sangat jauh sebab penghabisan sa'ie adalah di Bukit Marwah di sebelah belakang. Jadi they have to walk the whole length of the mosque untuk pulang ke hotel.

Jabal Thur
Lawatan kami yang pertama di Makkah ialah ke Jabal Thur. Aku nda ingat sudah apa cerita Jabal Thur ni (hello?). (Aku tertidur di bas). Tapi ada orang berjualan di kaki bukitnya dan aku dapat sepasang telekung yang sangat cantik dan beberapa helai pashmina.

Jabal Rahmah
Lawatan seterusnya ke Jabal Rahmah. Di puncak bukit ini adalah tempat pertemuan Adam dan Hawa setelah terpisah apabila dibuang kedunia di tempat yang berasingan. Afdal berdoa untuk jodoh dan rumahtangga disini. MIL ikut aku naik walaupun she doesn't fancy much tapi risaukan aku. Baik dia, watching over me all the time. Bukannya tinggi sangat bah. Aku ada doa khusus untuk dipanjatkan di sini. Aku berdoa adik bongsu dapat jodoh yang baik dan berdoa untuk kebahagiaan rumahtangga sendiri dan adik beradik lain. (Sori ah whimsy, inda dapat berdoa untuk jodohmu sini, hihi, kafir..lol).
Ini di kaki bukit. Benci aku tu camel nda mau lari. Agresif dia punya owner tu menyuruh bergambar. Inda la bah kan.
Oh ya, aku ada call hubby dan laporan yang diterima menyenangkan. Helmi tidak tidur cari baju aku lagi. Tiada yang nangis atau demam. Aku bercakap dengan anak sorang-sorang. Semuanya baik. Ok tenang. Boleh beribadat dengan tenang.

bersambung

3 comments:

whimsical said...

hahhaaha astaga kau tau, pandai u baca pikiran aku!! mau jua aku menanya samada aku ada kau doakan, sekali ayat seterusnya suda terjawap pertanyaan ku!!!!! LOL

Shabbymom said...

wakakakahhhhhhh.....lucu ohhhhh!!!!....aku pun mau tanya bah tuuuu.....c val inda kena doakan kah????......wakakakahhhhhh....inda apa bahhh v.....aku rasa tahun ani tuuuu!!!!!!!

Val Aziz said...

hahah bawa baju skit to make more room utk shopping LOL! mcm sambil mau p shopping carnival. if me pun sure do the same. tapi susah la kan mun jubah sana nda ngam sama gadis yg renek2 mcm I. Saiz budak la tu kan.