Hello ! I just want to share a recipe here. I've tried it, it's good. I've had this recipe for ages but never tried, to be honest I'm a bit 'lemah bab menyukat-nyukat santan ni', but this time I just do it and it turned out good. It's quite easy too. Kalau sesiapa suka makan kuih lapis, try la.
BAHAN-BAHAN
1 1/2 cawan gula
6 cawan air
1 1/2 cawan santan pekat (pati)
75gm tepung kacang hijau
85gm tepung Hoen Kwe
100gm tepung ubi kayu (kanji)
150gm tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
3 helai daun pandan
pewarna hijau dan kuning
CARA-CARA
1.Masak 2 cawan air bersama gula, garam dan daun pandan hingga mendidih. Masukkan santan pekat dan biarkan seketika sahaja.
2. Padamkan api. Tuangkan 4 cawan air lagi kedalam adunan agar ia menjadi suam. Masukkan kedalam pengisar.
3. Campurkan kesemua jenis tepung dan tuangkan kedalam pengisar yang berisi santan masak tadi.
4. Kisar hingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu diwarnakan hijau dan satu lagi kuning.
6. Dengan api yang kuat, didihkan air pengukus.
7. Sapu loyang (9") dengan minyak dan panaskan seketika loyang.
8. Tuangkan 3 senduk adunan warna hijau dan kukus selama 3 minit.
9. Setelah lapis hijau masak, tuangkan adunan kuning satu setengah senduk dan kukus 3 minit.
10. Ulangi proses dengan sukatan satu setengah senduk sehingga habis, tetapi untuk lapisan terakhir, tuangkan adunan sebanyak 3 senduk.
(Masa aku buat kuih ni, kamera rosak tak dapat ambil gambar. Sekarang kamera ok, so aku post gambar dalam buku resipi to show you how it look like).
Selamat mencuba!
5 comments:
pssst...mun santan kotak bolehkah ahh?...aku pasal memarah santan ani agak payah jua ehhh.....
uiii welcome back welcome back.lama banar jam blog ni ya.atu tia, resepi kueh tradisional.mcm nyaman ni, tapi di mana kan mau mengunjar tepung tionghua atu?is that a brand atau sejenis tumbuhan?
shabbymom,
boleh santan kotak, tapi jangan semua sebab telampau pekat.pakai 1 kotak saja (biasanya 200ml kan), selebihnya tambah air.
whimsy,
terlampau juga sejenis tumbuhan..hahahah!...ada d supermarket, aku beli d Giant,Citymall.
sungguh menarik ni terutama ada kacang hijau.. tapi yg bikin malas tu, byk jenis juga tepung dia... ampat jenis bah.. klu ada jual yg 100g ja ndapa, ini paling minima pun 500g kan hehehehe.. klu tapung gandum + tapung beras + kanji ja ble kah tu? bukan apa sebab tu tepung sedia ada di dapur sia hahahaha.. nanti sia try klu ada masa hehehhe
.. bah kalu senang, saya pun mau try juga lah.
saya ni memang lemah skit dalam bab kukus mengukus kuih ni, ndak pernah jadi!
Post a Comment