Hello teman-teman ! Gimana kalian? Baik-baik aja? Ya, mudah-mudahan. Gue kangen lo sama kalian. Kayaknya seperti udah lama sekali nggak ketemu. wakakakkakkk!!!
Nah, ini journal perjalanannya saya sama hubby ke Bandung minggu sudah. Yang terakhir deh sebelum puasa. Nggak ada lagi sesudah ini ya. Kalau berminat membaca, silakan di baca, kalau nggak, ya sudah.
1 augFlight AirAsia KK to Bandung 8.50 pm. Setelah dapat boarding pass, ada pengumuman flight delay to 11.20 pm. Typical!
Akhirnya sampai di Jakarta Airport jam 2.00 pagi. Kesian tour guide kami menunggu dari jam 11.00 pm! Di monitor tidak di kasitau delay sampai jam berapa. Apa la punya airport. Dia sudah suruh supirnya pulang dulu sebab terlampau lama menunggu, jadi satu hal lagi menunggu dia datang balik.
Check in hotel jam 3.00 pagi. Ibis Mangga Dua. Nda seberapa punya hotel. Peduli. Yang penting, tidur dulu. capek banget!
2 augBertolak ke Bandung jam 10 pagi pakai mobil. Kami berempat sama supir & guide. By the way our guide is Eko. Javanese, soft spoken and langky. Supirnya..nda ingat siapa nama. Tapi dia punya driving aiyoo!...macam bawa motor saja. Boleh tahan overtake di lereng bukit. Tapi semua pun drive begitu di sini ni. Dari 3 lane boleh jadi 5-6 lane! main asak siapa cepat dia lepas.
Pemandangan perkampungan di Bandung. Kawasan lembah di kelilingi gunung ganang.
Perjalanan mengambil masa 2 jam.
Singgah makan di AMPERA. Restoran makanan Sunda.
Fruit stall di pintu masuk restoran.
Dia punya buffet spread. Mesti ada keropok-keropok. Dorang suka makan nasi campur keropok.
Nda sedap lah. Ganjil ganjil masakan nya. Cuma sambal belacan dia saja yang oomph.
'Putar-putar' di Cibaduyut. Ada segala macam di sini. Local made leather goods, clothes, etc. Yang ini senapang. Dijual secara illegal. Tiada lesen.
Kami terus ke volcano mountain, Tangkuban Perahu. Cuaca tidak baik. Hujan. Kabus tebal. Jam pun sudah 5 petang. Gambar-gambar sekejap, terus turun balik. Bukan apa, lemas dengan penjual-penjual souveneirs yang menghurung macam semut. Kalau nda mau beli jangan berhenti terus jalan.
Round round di kota Bandung. Macet juga di sini macam Jakarta dan cuacanya nda sesejuk seperti dulu-dulu, according to guide, sebab penduduk sudah semakin padat.
My last trip to Bandung was like...omg..16 years ago? Waktu tu cuma pergi ke Puncak saja. Lain-lain tempat nda pergi.
Banyak factory outlets di sini. Best!! Semuanya branded goods. Bukan fake, tapi reject or overproduced items. Masih renyai-renyai masa kami sampai dan memang sesak sebab malam minggu kan. Tapi ok, kedai-kedainya berdekatan jadi dapat parking satu tempat sudah boleh round semua.
Selepas shopping sikit, kami makan malam di RiungSari sebelum check in ke hotel jam 8.40 pm. Gambar di atas bukan hotel. Itu Riung Sari.
3 aug
Ini lobby hotelnya, Preanger Hotel. Cantik. 4-star. Sampai saja kami terus mandi, dan order massage service ke bilik. (massage saja ah, teda lain-lain!). Bestnya kena urut. Terus tidur nyenyak sampai ke pagi (dan terlepas acara2 lain..wakakakkkk..nda apa).
Kami bangun awal pagi, breakfast dan jalan-jalan sekitar hotel. Check out dan memulakan perjalanan balik ke Jakarta. On the way, singgah ke Kartika Sari (gambar di atas). Ini adalah kedai roti/bun (dan ada juga kuih-kuih tradisional) yang besar dan exciting. Memang tourist spot. Ada resoles. Tapi sedap lagi yang si Shabbymom buat (serius).
Ini pemandangan biasa di jalan-jalan Jakarta. Asal time kereta berhenti (lampu merah), orang-orang berniaga ni datang ke kereta dan menjual itu ini. Kalau tiada apa-apa mau di jual, dorang main gitar menyanyi dan minta duit (seperti di atas). Not bad juga suara dia. Patut lah dorang ni terror terror menyanyi.
Ini muzium. Entah kenapa kami ke sini. Muzium ni besar. Yang kedua terbesar di AsiaTenggara. Tapi dalamnya hmmm...banyak patung-patung borobudur saja.
Sekejap saja kami singgah. Ada sudah rasanya macam pening-pening. Mungkin sebab jalan jauh dan driving gila yang bikin mabuk. Tiada mood lagi meround shopping mall yang jauh-jauh. Kami terus check in ke hotel jam 1.00 tengahari. (balik semula ke Hotel Ibis Mangga Dua). Kami bagitau Eko, dia nda perlu bawa kami round lagi. Jumpa besok saja untuk flight balik. Biar la kami on our own sampai ke malam. Jadi, rehat-rehat sekejap, jam 3.00 baru kami turun ke mall berdekatan hotel. Ada dua. Mall Mangga Dua dan ITC Mangga Dua. Tempat-tempat yang favourite di kalangan pengunjung luar sebab murah-murah. Ada satu lagi yang jauh sedikit mau jalan, WTC Mangga Dua tapi guide bagitau nda berapa meriah di sana, ala-ala projek yang gagal sebab nda mendapat sambutan pengunjung walaupun sudah lebih 5 tahun dibuka. OK.
Aku cuma beli barang-barang untuk MIL. Kesian dia balik-balik menjaga cucu. Aku borong lah tudung-tudung yang pakai-segera tu. Banyak kan di sini. Yang ada bunga-bunga, labuci untuk dia Hari Raya nanti.
Sudah malam, baru kami balik bilik. Besok flight pukul 4.30 petang. Ada masa lagi kalau mau jalan.
4 aug
Aku terbangun dalam jam 4 pagi dengan sakit gastrik yang teruk. Aiyoo tiba-tiba ni! Apa yang aku salah makan? Muntah-muntah. Ok, jangan panik. Aku ada bawa bekalan ubat lengkap, gastrik, migraine, demam, selsema, semua. Makan ubat. Tidur balik.
Jam 7.00 pagi , mandi, makan biskut sikit, minum nestum, makan ubat. Tidak semakin baik. Muntah berterusan sampai muntah kuning. Lepas tu sakit kepala. Hubby pun lemah badan, diorrhea. Last-last kami turun cari klinik. Ubat yang aku ada tidak mempan.
Reception bilang ada in-house doctor. Oh good. Dia datang ke bilik. (lady doctor).Periksa kami dua. Cuma gastrik akut (teruk). Bukan keracunan makanan. Dia tanya lah soalan itu ini, bila kami bagitau baru balik dari Bandung semalam, terus 'ohh...pantas! sering itu orang turun dari Bandung jadi sakit. apa lagi kalau dari Tangkuban Perahu..' kenapa pula ? angin. masuk angin. waaa...sandi juga angin Tangkuban Perahu! atau barangkali kami banyak terhidu sulfur kan.
Jadi kami masing-masing dapat ubat. Aku 5, hubby 2.
Kami check out jam 12.00 tengahari dan terus ke airport sebab biasanya Monday tengahari traffic jam. Biarlah lama di airport daripada lama di jalan. Dan aku muntah 3 kali sepanjang perjalanan(nasib ada bawa plastik cukup-cukup). Ubat doktor pun nda mengasi nampaknya. Sampai airport jam 1 lebih. Aku betul-betul rasa mau tumbang. Si Eko berlari mencarikan ubat tradisional. Dia bilang dorang kalau begitu makan saja jamu tolak angin (buang angin) ada berjual di kiosk kiosk.
Ubat antangin jenis sirap (liquid). Koyak terus minum. Rasa dia macam ubat batuk tapi di hujung-hujung macam ada lada hitam gitu.
Terlampau awal lah pula kami ni. Counter check in pun belum buka. Aisehh..
Tapi muntah aku sudah berhenti. Duduk saja dan cuba bawa tidur.
Counter di buka jam 2.40. Terus announce delay 1 jam. Right!
Duduk di cafe minum susu panas. Feels better.
Sampai di KK jam 9.00 malam. Alhamdulillah. Aku nda mau lagi pergi Bandung!