Wednesday, December 8, 2010

Langkawi Part I

Ok. Mari kita mulakan kisah pengembaraan tanpa membuang masa.

Ceritanya kami mula2 stay di KL 4 hari kerana mengaga orang kahwin (hubby's cousin), lepas tu baru ke Langkawi tapi aku cerita lah part Langkawi dulu sebab lebih happening.



Dengan excitednya kami berangkat ke airport pagi Isnin untuk flight awal ke Pulau Mutiara Kedah (aiseh..).

Sampai tengahari. Ambil kereta sewa. Check in apartment (Century Suria Service Apartment). Jalan cari makan. Dan tengok-tengok kawasan. Bukannya besar sangat mau di round pulau ni. Lebih kurang ja macam Pulau Labuan (adedehh..).
Petang kasi lepas anak-anak di swimming pool dan malamnya kami pergi Pantai Chenang untuk dinner. There are many nice restaurants lining the street. Waktu malam tempat ini sangat meriah, penuh dengan tourists. Banyak kedai2, gerai buah2an yang segar2, cafe dan macam2. Kami mula-mula makan di Telaga Arabic restaurant dan anak-anak sangat suka.

Jadi kami tau sudah. Siang kami akan meround tempat jauh-jauh dan petang balik ke pantai ini untuk main di beach dan dinner sekali.

So, hari kedua, kami ke Kota Mahsuri (haruslah tempat bersejarah dulu).

First time aku masuk Kota Mahsuri ni. Dulu pergi Langkawi beli piring saja.

Di dalamnya, ofcos lah ada makam Mahsuri dan kesan2 peninggalan termasuk beberapa struktur rumah kampung Kedah. Kalau tunggu sampai jam 3pm ada persembahan ulik mayang tapi kami nda tunggu lah. Panas.



One of these houses belong to Mahsuri. Maybe the smallest one. Yes. Rumah si Pandak Mayah, bapa kepada Mahsuri. Yang ada tiang bersimen tu rumah Wan Yahya, abang kepada Wan Derus, suami Mahsuri, yang memerintahkan hukuman bunuh kepada Mahsuri.


Di dalam rumahnya ada foto salasilah keturunan Mahsuri dan Wan Derus.

Selesai situ kami singgah ke Padang Beras Terbakar.
Dia terletak di sebelah rumah ini yang dimiliki oleh siapa ntah namanya tapi dia adalah Ketua Angkatan Perang Langkawi waktu itu yang memerintahkan beras dibakar supaya askar Siam tiada bekalan untuk duduk lama di Langkawi.(biar dua-dua kelaparan).

Selepas itu kami ke stesen Cable Car untuk ..naik cable car lah bah.
Kalau bukan anak-anak, kalau kami berdua saja laki-bini , nescaya lah kami tidak naik ni.



TINGGI...dan kadang2 cable tu macam terlepas laju lepas tu tersentak berhenti macam sangkut gitu. Adehhhh. But after a few times like that, you get use to it and start to enjoy the view.


Well the view is amazing. You see the whole island. There's the Seven Wells Waterfall clearly seen from up here. Its beautiful.
Sesudah sampai , ada lagi perjalanan, itu kalau mau lah (optional), iaitu menyeberangi jambatan gantung ke sebelah gaung. aiyooo..bukan sikit jambatannya okay...panjang juga.
Tapi alang2 sudah sampai teruskan saja. Budak2 ni bukan tau takut, suka saja berlari-lari.. tengok bawah lagi.
Tapi untuk ke jambatan ini bukan senang. Daripada tempat cable car berhenti, turun beberapa ratus anak tangga ke bawah melalui hutan.


Masa turun ok la, tapi naik...kapisan..



Again the view..

Around the station , is called Oriental Village. Sudah tentu dipenuhi dengan kedai makan, souveneir, gerai pakaian dll.





Tapi kurang asam!..ada pula......booth tempat bergambar dengan...................ular !
malas aku Adzim..terpaksa aku berlari masuk ke kedai..

nah! ambil kamu...tengok banyak2 ni..biar kamu geli!

.....bersambung

2 comments:

whimsical said...

syok o baca M!lelucuon! u seriously shd consider writing.Maksud ku..bukan sampai standar si JK Rowling la..tapi lebih kurang lebih kurang bah

fabmom said...

hahaha..tau diri juga aku bukan c JK Rowling.! ekekekekk!!!! but thanx..