Friday, December 17, 2010

Langkawi Part VI

Ok now KL story. From Penang, the last leg is KL before returning to KK.



But these are pics when we first arrived to attend the wedding.


It was in Ampang at an aunt's house. Sampai saja terus bekerja menolong siapkan door gifts.


Saturday was nikah and Sunday bersanding.







Rombongan Makcik Kiah dari Labuan.



We were put up at an apartment in Bandar Baru Ampang.


The kids bila balik apartment tiada kerja lain selain makan, makan dan MAKAN. I guess dorang nda berapa makan di tempat orang kahwin jadi balik baru kelaparan.

We got 1 day free programme on Friday before nikah, so sempat pergi Mines dan KLCC.

Di Mines, budak2 ni naik river cruise around Mines dan Helmi seperti biasa pandai2 jadi kapten boat.




Jalan di KLCC.


Second time around, coming back from Penang, we stayed at D Garden Residence at Mid Valley.


After the wedding , the Labuan group split to continue on holiday. Mother in law and sisters inlaw off to Genting while we holidayed in Langkawi. When we continued to Penang, they were off to Malacca for the groom's kenduri. (we escaped that). Though they came back to KL, we didn't meet again as they stayed in Ampang.


We didn't stray out of Midvalley much. Megamall and The Gardens sufficient enough for shopping and eating. And the kids love the apartment at The Gardens Residence.


Helmi and Ira memang suka berangan jadi model.





Ada saja...

Bah, itu saja lah. Tamat siaran.
Selamat menyediakan barang2 persekolahan. Dan selamat Hari Natal!

Langkawi Part V

Hi again! excuse the long break. I was off to fetch my kids in Labuan. They were shipped off there after the KL trip.


So, post title is Langkawi but we are now in Penang.
Final day in Penang- we drove to Batu Feringhi, visit P Ramlee's house, the Sleeping Budha and Toy Museum.

Stopping at the famed Hard Rock Hotel in Batu Feringhi.


The hotel lobby.


Next to Sleeping Budha.
And then, Rumah P Ramlee.


Last Toy Museum.


Erm..tidak impressive tempatnya..buruk, kotor dan tidak ber jaga. Nda payah pergi pun nda apa.
Toys memang banyak tapi bercampur2 dengan toys kecil tidak bermutu macam dari kedai RM2.

......bersambung

Thursday, December 9, 2010

Langkawi Part IV

It's Friday. We're checking out today.
The flight to Penang (yes, to Penang now) is at 1pm. We have ample time to make one last visit.
To Dataran Lang. Just phototaking. A blazing day. The sun is right on my head. Nasib baik ada gerai berdekatan. Duduk makan aiskrim sekejap sebelum kena migraine.
And we arrive in Penang not an hour later. Tapi menunggu luggage, lepas tu q teksi lagi, jam 4 petang baru sampai di hotel. We stay at CityTel.
Malam baru kami jalan-jalan sekitar hotel.



We decided to take the beca. Dua beca dan dua2 pembawanya warga emas. Kesian.
Beca kami ok lagi. Sebab berdua saja aku dengan Ira, tapi the boys beramai-ramai 3 orang. Beratnya tu .



Ini lah pemandangan yang dilalui sepanjang jalan.

Jauh tau kami. Dua jam pusing2. Sampai ke jalan besar yang banyak kereta dan laju2. Memang semua bagi jalan pada beca. Tapi ngeri juga bila bas besar melintas dengan laju di sebelah. Memang berat beca dorang boys. Kadang2 pakcik tu turun menolak dari belakang bila jalan selekoh atau ada tinggi sikit. Tolak laju2 lepas tu baru dia lompat naik mengayuh lagi. Sandi.


Last dia kasi stop kami di Padang Kota (kalau tak silap). Dia bilang sini sedap makan. Sudah jam 9 malam. Sebenarnya kami tidak lapar, tadi jam 4 sudah makan. Tapi apa salahnya minum2. Pakcik berdua tu tunggu lah kami makan sambil dorang mengurut kaki kali...


Memang sangat SEDAP. Kerang rebus, pasembur. Itu selection untuk pasembur memang bikin lupa diri. Udang besar2, sotong, KETAM. Pernah kau dapat ketam dalam rojak campur?
.....bersambung

Langkawi Part III

Hari ke 4 di Langkawi. Rutin kami, pagi2 swimming di apartment. Breakfast di apartment. Jam 10 gitu baru bergerak ke luar.
Hari ini last day. Besok check out. Agenda hari ini ialah - drive sekeliling pulau dan masuk segala ceruk kampung . Memang banyak resort dan homestay. Hubby cuma ambil gambar yang design jarang nampak.


Kami suka singgah di satu harbour ni. Langkawi Harbour ka apa. Kalau sudah penat pusing2, berhenti sini untuk rehat dan solat.
Selepas tu, kami ke Langkawi Fair Shop Mall dan anak beranak telah memborong Levi's sebab ada 50% sale :)

Kami juga try makan di gerai bergerak ini. Dia pakai van.Tapi hari2 pun dia parking di sini satu hari tak bergerak2. Dia punya pot ni sedap ja..bawah pokok rendang...betul2 tepi laut...berangin-angin gitu...Apa menunya? Cendol pulut, rojak, laksa power dan semua jenis minuman kecuali capuccino. Laksa dia memang power. Cendol dia sedap. Rojak pun ok. Pass.
Petang, bila kami balik ke pantai, hujan rintik2 sudah mulai turun dan semakin lebat. Jadi kami masuk saja ke Underwater World. Hidupan laut dia nda banyak pun. Ikan2 sedikit saja. Cuma dia ada seal dan penguin (african penguin).

...bersambung

Langkawi Part II

Masih lagi hari kedua, selepas Cable Car kami ke pantai.

Like I said tempat ini happening. Ramai betul orang di beach dan berbagai aktiviti macam ada karnival saja. Main jet ski, banana boat, paragliding. My boys, especially Helmi berkenan dengan paraglide itu. Nda puas-puas dengan cable car mau lagi melayang dengan parachute..

Oleh kerana dia betul-betul mau dan tidak takut langsung, jadi kasi lah. According to the guide, he is the youngest kid he ever took up. He is small for the harness. But the guide was going to hold him all the time so its fine. So off he go.

The wind was good. It was the right condition. They soared away until they became tiny pricks below the sun. It wasn't easy to look at. But he was having fun.


Next up si Abang. Takkanlah mau kalah dengan adik. He went up alone. But I don't think he enjoyed as much because he was concentrating on what the guide taught him about pulling the rope hard to the right side at the right time when he signalled so to avoid landing in water. He strained his arm holding on to the rope and pulling hard. Well.. there's an experience.



After the paragliding, it was too late for swimming so they just played castle. Tapi lama-lama main air juga.


Sampai malam bah dipanggil baru mau naik.




For dinner, kami try open air seafood restaurant. Tiada gambarnya di sini. Namanya Restoran Hj Ramli (bukan Ramley..:D). Ramai orang pi situ dan restoran ini ada 1 cawangan lagi di tempat lain. Kami order ikan bakar dan sotong bakar. Ok juga lah. Boleh.
Besoknya, kami ke Galeria Perdana. Galeri yang mempamerkan hadiah2 dan cenderahati yang diterima oleh Tun Mahathir semasa menjadi PM.
Lawatan ini bukan la pilihan anak-anak tapi bapanya.


Banyak lah hadiah2 besar seperti kereta kuda dan kereta antik ini.


Penuh galeri 2 tingkat dengan hadiah-hadiah.



Bah, cukuplah sebahagian saja gambar2nya aku tunjukkan. Buat apa juga kamu.
Helmi pun tak sabar mau meninggalkan tempat ini. 'Mari kita pigi tempat yang seronok'. Seronok ye..
Jadi kami chao. Kira mau try horse riding tapi bila di round tempatnya nampak cam tutup. Hubby don't fancy island hopping, snorkeling semua tu , cuaca pun tak berapa bagus jadi akhirnya kami sampai ke Wildlife Park.

Di sini budak2 suka. Apalagi boleh pegang2 binatang.


Entrancenya RM 8 (C) and RM12 (A). Boleh beli feed RM6 untuk kasi makan binatang2. Semua dalam satu paket, makanan burung, makanan ikan, makanan kuda etc..

Itu yang budak2 enjoy. Time bagi makan.






Selepas aktiviti siang, seperti biasa kami lepak di pantai waktu petang. Masa kami sampai baru jam 4.30. Matahari masih terik. Jadi aku pergi spa melayan diri buat body massage sementara hubby menengok budak2 main pasir sambil ambil2 gmbar. Dari kemarin aku sudah survey tempat2 spa ni. Aku cuba Malay Home Spa. Bessttt...dia punya aromatheraphy massage..sungguh best.....haaaa..sedap rasa badan..
Bila aku balik semula ke tempat kejadian, matahari sudah redup..dan anak2 sudah basah kuyup dalam air tanpa tukar baju. Baju ada dalam kereta. Hubby malas la tu.


Hubby dengan snappy-happynya telah merakam macam2 gelagat manusia di beach ini.
Ada yang bercengkarama di kala sunset, ada yang feeling-feeling model di tepi pantai..ada yang sunbathing saja sehari suntuk sampai ke malam. Matilah kalau kita masuk angin kan..




..bersambung..