Dua minggu lepas raya, I'm 2 kg heavier. I have no desire to go on diet nor to workout in the gym , but I have every desire to eat and eat and eat.
Balik dari kampung suami, sambung beraya dengan sisters dan anak2 buah.
Grand gathering dengan saudara mara sebelah ibu di Papar.
I'm enjoying baking these days. My daughter hari2 bawa kuih raya ke sekolah, jadi ada kuih yang habis terpaksa buat lagi. Isnin lepas ulang buat biskut mushroom dan tambah kuih siput. Kelmarin buat satu kuih apam yang lama sudah di intai sejak sebelum Raya lagi tapi tak sempat cuba. Bahan-bahannya senang saja dan nampak menarik sebab guna ice cream soda, mesti yummy kan. Kebetulan , ada beberapa botol air lemonade (laminit) lebihan dari Labuan dalam fridge sekarang maka terhasil lah cubaan APAM ICE CREAM CORNETTO. Itu dia nama resipinya.
Kuih ini memang cantik dan sangat sedap. Tidak picaya tanya anak aku, dia sudah tempah untuk bawa ke sekolah Isnin nanti. Cuba tengok gambar.
Senang saja membuat adunan kuih ni, yang leceh sedikit proses meng
kon dan mengukusnya.
Di sini saya ingin share resepinya yang di ambil daripada blog
MasamManis.
Terima kasih kepada Azlita di Masam Manis kerana mempost resipi dan step-by-step kuih ini. Minta izin untuk share di sini kerana rugi kalau tak cuba. Kalau malas buat kon, boleh cuba resipi ini untuk kek bentuk biasa atau cupcake kerana, serious, memang sedap.
APAM ICE CREAM CORNETTO
BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung gandum ~
diayak
4 biji telur
1 sudu teh ovalette
2 cawan gula kastor
3/4 cawan air ice cream
soda
1 sudu teh esen rose (saya
letak perasa berlainan untuk setiap warna)
Pewarna
Kon kertas secukupnya
Coklat masakan secukupnya
Kekacang/ coklat rice /
coklat cip atau manik bewarna
CARA-CARA
Sebelum
apa-apa siapkan dulu kon ice cream. Boleh gunakan kertas balut burger atau
kertas bungkus nasi lemak atau baking paper. Pastikan hujung kon di
selotep untuk mengelak adunan menitis keluar.
Daripada cubaan saya, lebih baik gunakan kertas yang tebal sedikit seperti kertas bungkus nasi
lemak kerana kon akan basah bila dikukus dan jadi lembik dan kon akan tumbang-tumbang dalam kukusan. Kalau tidak ada
kertas tebal, gunakan kertas yang ada tapi double kan kon itu. Tindihkan 2 kon
untuk satu apam.
Ok sekarang mula buat adunan. Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan 1
sudu teh ovalette dan esen ros (saya tak letak) dan teruskan memukul hingga adunan menjadi putih, gebu dan ringan
~ anggaran 10 minit.
Masukkan tepung dan kaup balik hingga rata.
Tambahkan air aiskrim soda dan gaul rata.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian (contoh 3) dan letakkan pewarna yang
berlainan.
Saya bahagi kepada 3 warna dan
letakkan perasa yang berlainan untuk setiap warna.
Warna coklat – saya letak 1 sudu makan
serbuk koko dan tanpa pewarna tambahan.
Warna pink – saya letak 1 sudu makan
jem strawberry dan sedikit pewarna pink.
Warna kuning – saya letak ½ sudu teh
esen vanilla dan sedikit pewarna kuning telur.
Masukkan
setiap adunan ini kedalam piping bag.
Semasa
membahagikan warna, boleh sedia panaskan kukusan. Kukusan yang digunakan ialah
yang jenis 3 tingkat. Tingkat bawah untuk air dan 2 tingkat atas yang berlubang-lubang
untuk mengukus. Gunakan semua bekas.
Caranya
macam ni – bekas bawah kita isi air dan panaskan atas dapur. Bekas kedua
biarkan kosong. Bekas ketiga gunakan untuk isi kon dan kukus.
Untuk
memudahkan, biarkan bekas berisi air mendidih dahulu dan tutup dengan tudung
kukusan yang dibalut dengan tuala bersih untuk mengelak wap menitis, seperti
mana biasa.
Bawa
bekas kedua dan ketiga ke luar untuk kerja mengisi adunan.
Susun
2 bekas berlubang itu secara bertingkat. Kemudian susun kon yang hendak diisi
dalam lubang-lubang kukusan. Pastikan beberapa lubang kukusan dibiarkan kosong
(jangan penuhkan semua dengan kon) untuk membolehkan wap mengalir keluar.
Sebelum
mula mengisi kon dengan adunan, cuba tutup bekas kukusan itu dengan penutup
kukusan, jika kon terlalu tinggi, perlu di potong sedikit atas kon supaya dapat
ditutup.
Paipkan
lah 3 adunan berwarna secara selang seli. Jangan terlalu penuh kerana apam akan
mengembang dan kita perlu sedikit ruang untuk menyalutnya dengan coklat lagi .
Setelah siap mengisi kon, bawa ke dapur dan letak atas bekas yang sudah mendidih.
Kukus dengan api sederhana selama 15-20 minit atau sehingga apam masak.
Bila apam
dah masak keluarkan dari kukusan dan biarkan ia sejuk.
Jangan buka kon dahulu sebab
kita akan curahkan coklat atasnya dan kita perlu kon itu untuk mengekalkan bentuknya.
Coklat
hiasan dimasak dengan kaedah double-boil. Dengan menggunakan sudu kecil,
salutkan atas apam dengan coklat dan taburkan dengan kekacang, choc rice
atau manik warna-warni mengikut suka. Susun apam ini dalam gelas tinggi dan
letak sekejap dalam peti sejuk untuk mengeraskan coklat. Bila dah keras, boleh
buka balutan kon dan jadilah apam ice cream cornetto siap untuk di makan.
Selamat mencuba.