Tahun ni macam tiada mood. Kenapa? Entah lah.
Tidak payah layan mood down aku, jom kita share kuih raya.
Tajuk post Biskut Comel. Memang malas buat kuih tahun ni, tapi tiada hati juga mau beli. Jadi mau nda mau terpaksa buat sikit. Itu pun baru start minggu ni. Selepas buat 1 kuih - London Almond, terasa mau cari kuih-kuih lain yang tidak pernah dicuba dan kalau boleh tiada dijual dikedai. Waah..camana tu..misi kelainan sungguh.
Setelah beberapa lama blog walking, jumpa lah biskut raya yang sangat cute ini. Sumber carian dari blog MasamManis. Best blog ni, macam2 resipi kuih yang cantik2. Cuba la aku jumpa awal2. Ini tinggal 4 hari lagi. Anyway, yang pertama aku try, Biskut Cendawan. Bukan berinti cendawan atau berperisa cendawan tapi shape cendawan dengan dot-dot colourful. Walaupun lambat siap sebab adunannya lembut dan mesti berhati-hati, lepas tu icing mau dibahagi banyak color tapi bila siap memang puas hati dengan kecomelannya. Mari tengok gambar.
Dan seterusnya, biskut kedua - Biskut Donut.
Ini biskut shape donut, lepas bakar , glaze dengan melted chocolate dan hiaslah ikut suka . Excited nih tengok gambar. Aku mau buat macam AppleDonut punya rupa. Buat cantik-cantik. TETAPI. Kalau yang pertama tadi lembut, ini lagi lah RAPUH. Sangat-sangat susah untuk dicanai dan diterap. Dan aku pula sudah awal2 sukat double recipe. Aiyaaaa..mencabar jiwa dan kesabaran. Sebenarnya aku tidak ikut pun resipi asal. Resipi asalnya biskut butter biasa, tapi aku memandai-mandai pakai almond cornflakes cookie punya adunan sebab dulu anak-anak suka sangat crunchy. Nah, crunchy la sekarang. Pinggang aku yang crunchy ni. Baru, adunan tu bila kasi double, dia off. Tidak jadi, berderai saja, macam mana mau canai? Terpaksa adjust. Macam buat balik oh, tambah tepung, nda mau juga di shape , tambah lagi banyak2 tepung mungkin cornflakes terlebih, tambah butter, tambah la gula sikit sebab sudah banyak taruh tepung. Oh Tuhan. Sudah jadi triple. Dan entah apa rasa dia sudah terlampau banyak renovation. Nasib baik, jumlah untuk diterap tidaklah begitu banyak sebab pakai donut cutter jadi biskut ni besar sikit dari biskut-biskut biasa. Ok, mari lihat gambar.
Betul-betul macam donut kan? Dan rasa dia alhamdulillah, sedap. Rangup dan sedap.
Kalau mau cuba, pergi la mengintai blog tu dan salin resipi nya ok.
Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin.